Tuesday, 19 July 2011
BILIK SUMBER PPDa
(Pendidikan Pencegahan Dadah)
UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2011
VISI
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012
MISI
Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.
MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.
OBJEKTIF
1.Meningkatkan pengetahuan , kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
2Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
3.Membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid sekolah.
4.Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
5.Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.
KUMPULAN SASAR
Murid, Guru, Kakitangan Pendidikan,
Ibu bapa / Penjaga
AHLI JAWATANKUASA UNIT PPDa 2011
Penasihat
En. Sukarman B Sudar
(Guru Besar)
Pengerusi
Pn. Lailiah Bt Yusuf
(Gpk Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi
Pn. Khatijah Bt Musa
(GPK Pentadbiran)
Pn. Hjh. Rusnah Bt Mohamed
( GPK Kokurikulum)
En. Bakri B. Darus
(GPK Petang)
Setiausaha
Pn. Maimunah Bt Manja
Naib Setiausaha
Pn. Nuraini Bt Abdullah
AJK
En. Suhaimi B Shamsudin
En. Zaihan B Amat Naim
Pn. Norashikin Bt Sumailan
Pn. Shamsundilaila Bt Shamsudin
Cik Sapirah Bt Abdul Rahman
PENGAWAS BILIK SUMBER PPDa 2011
Guru Penasihat
Pn. Maimunah bt Manja
Pengerusi
Halimatul Saadiah bt Ahmad Kamal(6A)
Naib Pengerusi
Mohd Ilham b Rosli (6B)
Setiausaha
Nur Saziyah Isma bt Ismail (5A)
Naib Setiausaha
Mohd Azizan b Suliman (6B)
Bendahari
Aina Batrisyia bt Mohd Rizam (5B)
AJK
Normazarina Mohd Sabri (6A)
Muzaffar b Mustafa (6C)
Muhammad Irfan Fitri b Jimmy Azizi (6R)
Nur Amirah bt Ahmad Sidin (5A)
Norazmina bt Mustakim (5A)
Husna bt Sobri (5B)
BERSAMA KITA JAYAKAN HASRAT SEKOLAH BEBAS DADAH 2012 DAN
NEGARA BEBAS DADAH 2015
Thursday, 14 July 2011
APAKAH ITU DADAH????
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. - Opait
- Perangsang (stimulants)
- Penekanan (Depressants)
- Hallucinogen
- Ganja (Cannabis)
OPAIT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, GanjaPERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari. JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:- - Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
- Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
- Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
- Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
- Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
- Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
- Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
- Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
- Kerana keporak perandaan rumahtangga.
- Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
- Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
- Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
- Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
- ICE
- GLASS
- CRACK METH
- HIROPONG
- BATU (STONES)
1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.
1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan SynthesisBahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
2. LATAR BELAKANG2.1. Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
2.2. Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3. Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH
3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:
3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.
4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:
4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:4.3.1 Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2 Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3 Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.
4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.
Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABUKebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.
5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.
6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitui) China White
ii) Cristal Stones
Gred I - Cristal StonesSyabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
- Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
- Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
- Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
- Bersifat agresif.
- Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
- Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
- Keracunan pada sistem saraf tunjang;
- Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
- Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
- Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.
METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
JENIS DADAH | SEKSYEN | KESALAHAN | BERAT DADAH | HUKUMAN/DENDA |
Ganja | 6 | Memiliki | Ke bawah 20gm | RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A (1) | Memiliki | 20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm | Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
6B | Menanam pokok ganja | Tidak kira berapa pokok | Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali | |
39B | Mengedar | 200gm ke atas | MATI | |
Candu | 9 | Memiliki | Ke bawah 100gm | RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A(1) | Memiliki | 100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm | Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
39B | Mengedar | 1000gm | MATI | |
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine | 12(2) | Memiliki | Ke bawah 2gm | RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A(1) | Memiliki | 2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm | Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
39B | MENGEDAR | 15gm ke atas | MATI | |
Ubat Batuk | 9(1) | Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar | - | RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya |
Pil | 30(3) | Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar | - | RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya |
Syabu | 12(2) | Memiliki | Kebawah 5gm | RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya |
39A(1) | Memiliki | 5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm | Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali. | |
39A(2) | Memiliki | 30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm | Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. | |
39B | MENGEDAR | 50gm ke atas atau lebih | MATI |
Subscribe to:
Posts (Atom)